Saturday, April 11, 2009

Bacaan Untuk Sembiang Hari Easter




Bacaan Minggu tu: (di ambi ari Alkitab BM) Yesaya 25: 6-9
Yesaya 25: 6 - 9
Di Bukit Sion ini, TUHAN Yang Mahakuasa akan menyediakan jamuan bagi semua bangsa di bumi. Dia akan menghidangkan makanan yang terbaik dan wain pilihan. Di bukit ini, Dia akan menghapuskan suasana sedih yang telah menyelubungi semua bangsa. TUHAN Raja akan memusnahkan maut untuk selama-lamanya! Dia akan menghapuskan air mata dari setiap wajah, dan menghilangkan kehinaan yang dideritai oleh umat-Nya di seluruh

bumi. TUHAN telah berfirman. Apabila perkara itu berlaku, semua orang akan berkata, “Dialah Allah kita! Dialah yang kita nantikan, untuk menyelamatkan kita. Dialah TUHAN yang kita nantikan. Sekarang kita bersorak gembira, kerana Dia telah menyelamatkan kita.”


Yohanes 20 : 1 – 18.
Kubur yang Kosong.
Pada pagi hari Minggu, semasa masih gelap, Maria Magdalena pergi ke kubur. Dia melihat batu penutup sudah digulingkan dari lubang kubur itu. Oleh itu, dia lari mencari Simon Petrus dan pengikut lain yang dikasihi oleh Yesus, lalu berkata kepada mereka, “Jenazah Tuhan telah diambil dari kubur dan kami tidak mengetahui tempat Dia diletakkan!” L
alu Petrus dan pengikut lain itu pergi ke kubur.
Kedua-duanya berlari, tetapi pengikut lain itu mendahului Petrus dan tiba lebih awal di kubur. Dia menjenguk ke dalam dan nampak kain linen di situ, tetapi dia tidak masuk ke dalam kubur. Simon Petrus menyusul dari belakang; dia terus masuk ke dalam kubur itu. Dia nampak kain linen terletak disitu, dan juga kain yang diikatkan pada kepala Yesus. Tetapi kain pengikat kepala itu tergulung tersendiri. Kemudian pengikut lain itu
yang lebih dahulu tiba di kubur, juga masuk. Dia melihat semuanya dan percaya. (Meskipun demikian mereka masih belum memahami apa yang tertulis di dalam Alkitab bahawa Dia harus bangkit daripada kematian.) Kemudian pengikut-pengikut Yesus itu pulang.
Yesus Menampakkan Diri kepada Maria Magdalena. Maria berdiri sambil menangis di hadapan kubur. Sambil menangis dia menjenguk ke dalam kubur itu. Dia melihat dua malaikat berpakaian putih, duduk di tempat jenazah Yesus dibaringkan dahulu, satu malaikat pada sebelah kepala dan satu ladi di sebelah kaki. Malaikat-malaikat ini bertanya kepadanya, “Puan, Mengapa menangis?” Maria menjawab, “Jenazah Tuhan saya telah diambil dan saya tidak mengetahui tempat Dia diletakkan!” Setelah berkata demikian, Maria berpaling dan nampak Yesus berdiri di situ. Tetapi Maria tidak tahu bahawa Dia Yesus. Yesus bertanya kepada “Puan, mengapa menangis? Siapakah yang puan cari?” Maria menyangka Dia itu tukang kebun. Oleh itu Maria berkata, “Tuan, jika tuan sudah memindahkan jenazah Yesus, beritahulah saya tempat tuan meletakkan jenazah-Nya, supaya saya boleh pergi mengambil jenazah-Nya.”
Yesus berkata kepadanya, “Maria!”
Maria berpaling kepada Yesus lalu berkata dalam bahasa Ibrani, “Rabbuni!” (yang beerti “guru”).



Markus 16 : 1 - 8
Kebangkitan Yesus.
Setelah hari sabat berlalu, Maria Magdalena, Salome, dan Maria ibu Yakobus pergi membeli ramuan untuk melumuri jenazah Yesus. Pada hari Ahad, pagi-pagi sekali, ketika matahari terbit, mereka pergi ke kubur. Di tengah jalan mereka bercakap sesama sendiri, “Siapakah yang boleh menolong kita menggulingkan batu penutup pintu kubur?” (Batu itu sangat besar.) Tetapi apabila mereka tiba di situ, mereka melihat batu itu sudah digulingkan. Mereka masuk ke dalam kubur itu dan di sebelah kanan mereka nampak seorang lelaki muda memakai jubah putih duduk di situ. Mereka terkejut. Lelaki muda itu berkata, “Janganlah takut! Aku tahu bahawa kamu mencari Yesus orang Nasaret yang telah disalibkan. Dia tidak ada di sini. Dia telah dibangkitkan! Lihatlah, inilah tempat mereka meletakkan Dia. Sekarang pergilah dan sampaikan khabar ini kepada pengikut-pengikut-Nya termasuk Petrus. Katakan, ‘Dia pergi terlebih dahulu daripada kamu ke Galilea. Di situ kamu akan melihat Dia, sebagaimana yang telah dikatakan-Nya kepada kamu.’ ” Mereka keluar lalu lari dari kubur itu kerana terkejut dan takut. Mereka tidak berkata apa-apa kepada sesiapa pun, kerana mereka takut.

PENGAKHIRAN MENURUT NASKHAH LAMA.


No comments:

Post a Comment